Khamis, 14 Mac 2013

jom!!tengok depan..

JOM!!TENGOK DEPAN 


kanak-kanak sekolah rendah??? susah nak kawal...nakal-nakal semuanya..bagaimana cara untuk menangani?? ini adalah cadangan aktiviti saya untuk memastikan mereka dapat mendisiplinkan diri. 



suasana sesi P&P sekolah rendah 


Saya telah memilih penggunaan simbol untuk aktiviti ini. Cara pelaksanaan aktiviti ini adalah seperti berikut:

  1. Guru akan menarik perhatian murid. Guru akan menyebut “murid-murid” dan murid-murid akan berkata “saya,saya, saya cikgu” sambil membuat gaya.
  2. guru juga boleh menarik perhatian murid dengan menepuk tangan. 
  3. Guru akan menunjukkan simbol yang dikehendaki untuk mendisiplinkan murid.
  4. Sebagai contoh simbol senyap. Murid yang melihat simbol itu akan senyap dan mendengar arahan daripada guru.
  5. Apabila murid kelihatan tidak terkawal atau mula membuat bising. Tarik kembali perhatian murid dan angkat simbol tersebut.

 Penggunaan simbol boleh digunakan sebagai arahan dan peneguhan sama ada peneguhan positif atau negatif. Ia terpulang kepada guru itu sendiri. berikut adalah beberapa contoh pelaksanaan:  

SENYAP ( arahan) 



simbol yang akan ditunjukkan oleh guru

  1. guru akan menarik perhatian murid untuk melihat hadapan. 
  2. setelah pasti murid memberikan perhatian, angkat simbol "senyap".
  3. murid akan mengangkat tangan kanan, dan meletakkan di mulut sambil mengeluarkan bunyi "syhhhhh"
  4. secara tidak langsung, murid akan mengetahui mereka perlu senyap dan menumpukan perhatian 
  5. sekiranya murid membuat bising, lakukan semula dari langkah pertama. 





THUMBS UP ( peneguhan positif) 


simbol peneguhan positif 



  1. apabila murid melakukan sesuatu yang memberangsangkan sama ada secara individu ataupun kelas, guru akan memberikan peneguhan positif. 
  2. guru akan mengangkat simbol thumbs up. 
  3. murid akan meletakkan tangan di hadapan dalam keadaan ibu jari menegak  dan berkata " mumtaz, mumtaz, mumtaz" sambil membuat gaya. 
  4. ini akan menimbulkan rasa mereka boleh dan hebat...ingat!!! kanak-kanak sangat sukakan pujian..
Aplikasi penggunaan simbol di dalam kelas mempunyai beberapa kelebihan dan kekurangan. Berikut adalah kelebihan dan kekurangan yang telah saya kesan melalui aplikasi simbol ini.



        Kelebihan : 

  1. sesuai untuk guru yang mempunyai suara yang kecil.
  2. murid tidak akan merasa bosan dengan suasana P&P. 
         kekurangan: 

  1.  hanya dapat diaplikasikan terhadap murid normal dan cukup pancaindera. 
  2. memerlukan masa yang agak panjang untuk memastikan murid dapat mengaplikasikan rutin ini di dalam kelas. 


HASIL: Nur Izzati Binti Ajamain

10 ulasan:

  1. alhamdulillah,,,aktiviti menepati ciri-ciri yang doktor azma inginkan,,, nice :) ini yg kita mahukan,,, >.<

    BalasPadam
    Balasan
    1. IA,,,sekiranya berkesan..blh di aplikasikan ketika berada di sekolah kelak...terima kasih kerana memberikan respon^_^...

      Padam
  2. peneguhan perlu diberi agar murid2 bersemngat untuk belajar ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul..kanak-kanak sukakan pujian..apatah lg dripada org dewasa^_^...jdi guru nnti,,jgn lokek ngan pujian k....

      Padam
  3. Balasan
    1. tq syahidah...mc mrangkak lg dlm bidang ni...byk bnda bru blaajr...hihihi...

      Padam
  4. Satu pendekatan yang baik sesuai dengan tingkah laku murid-murid yang sukar untuk dikawal.Penggunaan simbol sebagai salah satu alat interaksi/komunikasi antara guru dan murid seperti ini mewujudkan satu suasana yang baru dan secara tidak langsung menjadikan sesi pembelajaran didalam kelas lebih ceria,tenang dan dalam keadaan terkawal.Mabruk alaikh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq memberikan respon..ko pn bkal2 jdi guru jg kn...IA..mgkin blh mgunakan idea ini sbagai alat mendisiplinkan pelajar...

      Padam
  5. saya suka cdngn nie... hope bleh aplikasiknnya suatu msa nanti..!

    BalasPadam
    Balasan
    1. IA..jom sma2 lksanakan^_^...guru blh bpakat dgan guru yg lain sebagai alat mendisiplinkan murid...

      Padam