HARI PERTAMA GURU DI SEKOLAH

Sebagai guru pelatih, kita hendaklah bersedia dengan lebih awal mengenai pengurusan bilik darjah dengan baik. Di sini kami menyediakan beberapa tips pengawalan bilik darjah dengan berkesan.

KONSEP PENGURUSAN BILIK DARJAH

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

AKTIVITI MENGAWAL TINGKAH LAKU MURID (1)

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

AKTIVITI MENGAWAL TINGKAH LAKU MURID (2)

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

AKTIVITI MENGAWAL TINGKAH LAKU MURID (3)

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.


Isnin, 11 Mac 2013

PUNCA MASALAH DISIPLIN (MEDIA MASSA)


PENGARUH MEDIA MASSA 

Terdapat pelbagai unsur negatif yang disalurkan melalui media massa terutamanya media elektronik seperti filem ganas dan lucah yang tidak sesuai dengan agama, akhlak, budaya timur dan wawasan negara. Laporan televisyen dan akhbar menunjukkan masalah disiplin remaja berlaku selepas menonton filem berunsur ganas.

 filem KL-Gangster banyak mempengaruhi personaliti pelajar

Pengaruh muzik, khasnya lirik-lirik muzik rock sering menimbulkan ketidakfahaman terutamanya pendengar golongan muda yang masih pada peringkat konkrit dalam perkembangan kognitif mereka. Perkara ini perlu diberi tumpuan kerana ia membawa kesan yang jelas iaitu menjejaskan kefahaman mereka berkenaan suatu perkara. Pelajar memperuntukan masa purata lebih dari dua jam sehari menonton rancangan itu. Kebanyakan mereka menonton bagi mendapatkan maklumat yang releven dengan dunia sosial mereka, menghargai muzik, berseronok atau berhibur semata-mata. 

                Manakala filem-filem yang memaparkan sikap negatif seperti salah laku, rogol, buli, serangan, pelacuran dan peras ugut dapat mempengaruhi sikap remaja serta menonjolkan akhlak yang tidak baik dalam proses pembelajaran. Agak menyedihkan lagi, filem ini dihasilkan oleh orang melayu sendiri dengan alasan untuk menunjukkan kehidupan sebenar masyarakat kita. Sebagai contoh, filem Rempit dan KL Drift. Filem ini lebih banyak mendatangkan masalah sosial dalam kalangan pelajar seperti gejala lumba haram, pengedar dadah dan penagih dadah semakin berleluasa di Malaysia. 

               Selain itu, negara kita dihangatkan lagi dengan kedatangan drama korea yang menonjolkan babak-babak yang tidak sesuai dengan remaja pada masa kini. Ini membantu menyumbang kepada budaya couple dalam kalangan pelajar yang boleh menjebakkan pelajar kepada lembah zina.


adegan cinta dalam filem sangat digemari oleh remaja masa kini

 Kesannya akan meresap secara halus ke dalam diri mereka tanpa disedari kerana remaja banyak belajar melalui pemerhatian. Sehubungan dengan itu, ibu bapa haruslah prihatin dan mengambil tahu apa yang dilakukan oleh anak-anak mereka.


PUNCA MASALAH DISIPLIN MURID (MURID)




Punca paling utama masalah disiplin di sekolah ialah dari diri murid itu sendiri. Setiap personaliti murid berbeza-beza, ada murid yang aktif dan pasif. Selalunya murid yang sering melakukan masalah disiplin di sekolah adalah murid yang aktif dan bersifat agresif. Mereka tidak suka dikongkong oleh peraturan sekolah yang telah ditetap dan cenderung melanggar peraturan tersebut. Contohnya, mereka tidak suka berpakaian kemas semasa di sekolah.

Duke (1980) menyatakan bahawa tiap-tiap individu itu bertanggungjawab di atas perlakuan sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikuti kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa yang dikatakan sebagai ‘the potential influence of the student’s free will.”

Mereka juga mungkin melanggar peraturan-peraturan di sekolah sewaktu belajar atau bermain kerana mereka tidak menyedari  bahawa perbuatan mereka telah menyalahi peraturan kelas atau sekolah. Ini adalah menjadi suatu faktor yang penting dalam hal murid-murid melakukan perbuatan yang tidak berdisiplin.

Terdapat juga pelanggaran-pelanggaran peraturan yang dilakukan oleh murid-murid yang mempunyai masalah emosi. Jenis kanak-kanak ini dipanggil ‘neorotic’ atau ‘psychotic’, dan mengikut Despert (1965) dapat dikenali dengan gaya kelakuannya yang jahat, selalu membuat salah, melawan, ingkar, tidak dapat dibentuk dan tidak stabil.

Kelemahan dari segi perkembangan mental juga boleh membawa kepada pelanggaran peraturan di sekolah. Murid-murid yang lemah belajar dam gagal berkali-kali dalam peperiksaan, akan merasa kecewa dan hilang minat belajar. Mengikut Rabven (1977) apabila murid-murid tidak berminat dalam sesuatu mata muridan yang tertentu dan guru tidak pula berusaha untuk menarik minat mereka, murid-murid tersebut akan hilang semangat belajar dan akan melakukan apa juga yang terlintas di hati mereka.

Ahad, 10 Mac 2013

Hari pertama di sekolah...

Bilik Darjah Tradisional 

             Bilik darjah merupakan medan perjuangan utama seorang guru menjalankan tugas, peranan dan tanggungjawab. Bilik darjah yang mempunyai pelajar-pelajar yang bertingkah laku baik menjadikan tugas pengajaran guru "one of the most wonderful jobs in the world " kerana setiap hari guru mengalami pelbagai pengalaman yang baru dan berbeza di bilik darjah.



Barisan Guru-Guru Harapan Anak Bangsa

 Wahai guruku,

kau ibarat sebatang lilin,

menerangi alam kegelapan,

kau sanggup membakar dirimu,

wahai guruku,

kau insan mulia,

membimbing dan mendidik daku,

kaulah insan yang ku sanjungi... 


Adakah kita guru yang seperti lilin?

Adakah kita guru yang sanggup membakar diri sendiri?

Jom kita RENUNGkan bersama...:)

Ingin menjadi guru yang disukai ramai pelajar ???

JOM kita survey bersama !!!... :)

 

                                          Penampilan diri

Sebagai seorang guru, kita perlulah menampilkan imej yang kemas, meyakinkan, tenang dan professional. Guru wanita tidak perlu mengenakan hiasan dan solekan yang berlebihan, manakal guru lelaki pula tidaklah terlalu kasual.

                                       Taaruf

Apabila masuk ke dalam bilik darjah buat kali pertama, guru perlu memulakan pertemuan dengan sesi taaruf.
Menurut Kronowitz ( 2004 ) Tip-tip ringkas bagi seseorang guru untuk memulakan sesi taaruf dengan pelajar di dalam bilik darjah iaitu dengan mengingat akronim WISHES,,
W = welcome
I  = introduction
S = share
H = hopes
E = establish
S = standards


                                Stalker murid

Pengetahuan guru mengenai nama murid akan memberi impak besar supaya mereka berasa dihargai dan sedar akan kewujudan mereka. Kesannya, hubungan guru dengan murid lebih akrab dan boleh berkomunikasi dan berinteraksi  dengan mereka dengan baik.



                                       Rules

Peraturan di dalam bilik darjah amat penting sebagai garis panduan kepada tingkah laku pelajar di bilik darjah. Pengurusan bilik darjah yang baik menetapkan peraturan bilik darjah yang telah dipersutujui bersama oleh pelajar sebagai satu kontrak yang dapat mengawal tingkah laku mereka.



                                     Rol medel

Menunjukkan qudwah hasanah kepada murid-murid seperti prihatin kebajikan mereka, bertanggungjawab, tidak pilih kasih, dan sifat-sifat mahmudah lain yang diajar oleh Rasulullah.


 

Semoga kita menjadi seorang pendidik yang dapat mendidik anak didik yang berjaya di dunia & di akhirat...:)


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sabtu, 9 Mac 2013

ciri-ciri guru asertif


model disiplin Asertif Canter.

Model Dispilin Canter berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku.
                 
Ciri-ciri guru yang asertif
  1. Jelas, yakin dan menyatakan jangkaan serta arahan yang konsisten dengan tegas.
  2. Tahu apa yang diingini oleh murid
  3. Guru menerangkan peraturan bilik darjah
  4. Membantu murid untuk memahami bentuk tingkah laku yang membawa kepada kejayaan dan tingkah laku yang membawa ke arah kegagalan.
  5. Guru asertif tidak membawa imej garang dan kasar.
  6. Memberikan peluang kepada guru dan murid untuk memenuhi keperluan masing-masing.
  7. Guru asertif konsisten, adil dan boleh memenuhi kehendak murid




Di dalam model Asertif Canter, terdapat  model asertif disiplin yang menggariskan tiga jenis guru iaitu guru yang asertif, guru yang tidak asertif dan guru yang agresif. Berikut adalah ciri-ciri guru yang tidak professional dalam bidang pendidikan.

Guru yang agresif
  1. Garang, kasar, tidak mesra dan tidak bertimbang rasa
  2. Autokratik
  3. Menunjukkan kuasa dan tidak bertolak ansur



Guru yang tidak asertif
  1. Mereka menggunakan pendekatan yang pasif terhadap murid
  2. Tidak konsisten dalam menangani tingkah laku murid
  3. Penggunaan bahasa yang tidak sesuai
  4. Ini akan menyebabkan murid keliru dengan jangkaan guru 

Selasa, 5 Mac 2013

Masalah disiplin bilik darjah / tingkah laku tidak diingini

Tips hari pertama di sekolah (praktikum)

Energizer

ENERGIZER 1 ----> [ 1,2,3.....tangkap!!]

Objektif:

1. Sebagai satu aktiviti bertenaga untuk menyediakan pelajar untuk pengajaran dan prmbelajaran seterusnya.

2. Sebagai satu aktiviti set induksi untuk subjek sains berkenaan dengan topik koordinasi badan.

3. Aktiviti yang menguji kepantasan kita bertindak juga sesuai untuk mengembalikan fokus pelajar terhadap sesi seterusnya.

Saiz kumpulan:

Semua pelajar boleh terlibat di dalam permainan ini

Barang-barang yang diperlukan:

Tiada, hanya memerlukan penglibatan pelajar dengan aktif!

Langkah-langkah:

1. Permainan ini mengandungi 4 langkah. Setiap langkah harus ditunjukkan oleh guru kepada pelajar.

2. Minta pelajar buat satu bulatan besar. Jarak di antara satu sama lain hendaklah sepanjang satu depa.

2. Langkah pertama bermula apabila guru menyebut angka '1' dan berkata, 'HEY!', sekali sahaja. Pelajar seterusnya harus mengangkat tangan kanan secara menegak, menudingkan jari mereka ke atas sambil serentak menyebut, 'HEY!'.

3. Di dalam langkah kedua, guru menyebut angka '2' dan berkata, 'HEY!' sebanyak dua kali. Pelajar seterusnya harus mengangkat tangan kiri secara melintang, dengan tapak tangan terbuka sambil serentak menyebut, 'HEY!' sebanyak dua kali.

4. Di dalam langkah ketiga, guru menyebut angka '3' dan berkata, 'HEY!' sebanyak tiga kali. Pelajar seterusnya menurunkan tangan kanan mereka supaya searas dengan tangan kanan. Mereka tetap dalam keadaan menuding jari, cuma jari telunjuk mereka menuding ke bawah pula.

5. Di dalam langkah keempat dan terakhir, guru akan menyebut angka '4'. Tiada lagi sebarang sebutan 'HEY!'. Pada masa ini, pelajar dikehendaki menangkap jari jiran di sebelah kiri mereka dengan tangan kiri dan dalam masa yang sama mengelakkan jari telunjuk mereka di sebelah kanan dari ditamgkap pula oleh jiran yang satu lagi di sebelah kanan. 

6. Lakukan beberapa kali. Kelas anda pasti akan riuh-rendah dengan permainan yang menyeronokkan ini!

Tip:

Aktiviti ini juga boleh digunakan sebagai set induksi untuk topik berkenaan koordinasi tubuh badan dan juga penggunaan deria.

Selamat mencuba!





ENERGIZER 2 (We Can Fly)


Objektif :

  • Memulakan aktiviti dengan suasana yang ceria dan penuh bersemangat.
  • Menyedarkan peserta tentang kebolehan yang boleh diasah.
  • Melatih berfikiran kreatif.

Masa: 5 minit
Bahan/alatan: laptop (iringan lagu)

Langkah-langkah:

  1. Fasilitator meminta peserta berdiri dan mengambil tempat yang dirasakan selesa.
  2. Lagu ‘I Believe I Can Fly’ dipasang.
  3. Fasilitator menunjukkan cara pemanasan badan dan peserta mengikutnya sambil menghayati lagu tersebut.
  4. Peserta diminta mendepakan tangan dan pusing ke belakang perlahan-lahan sejauh yang mungkin, kiri dan kanan. Ulang langkah yang sama untuk kali kedua.
  5. Seterusnya fasilitator meminta peserta menyentuh jari kaki mereka dengan apa cara sekalipun.
  6. Selesai pemanasan badan, fasilitator menjelaskan pengajaran disebalik aktiviti tersebut.

ENERGIZER 3 [Percaya padamu]

Objektif :
1.    Menimbulkan mood baik kepada para peserta untuk aktiviti yang seterusnya.
2.    Menguji fokus pemikiran peserta.
3.    Menggalakkan peserta berasa yakin antara satu sama lain.
4.    Membentuk dua kumpulan untuk aktiviti yang seterusnya.

Masa : 5 minit
Alatan : -
Pelaksanaan aktiviti:
1.      Fasilitator meminta peserta berdiri dan berbaris panjang.
2.      Fasilitator memberikan nama kepada peserta yang berdiri pada nombor ganjil dengan panggilan ‘Tun”, manakala peserta yang berdiri pada nombor genap dipanggil “Teng”.
3.      Apabila fasilitator menyebut “Tun”, maka hendaklah mengangkat dua belah tangan ke atas. Manakala, “Teng” pula, hendaklah mengangkat tangan ke hadapan.
4.      Fasilitator akan menyebut “Tun” dan “Teng” itu secara berselang-seli.

Peraturan bilik darjah

<---PERATURAN BILIK DARJAH--->

Tiap-tiap murid dikehendaki patuh kepada peraturan berikut supaya didikan disiplin dapat disebatikan di dalam diri murid.

(1) PENTADBIRAN


  • Murid-murid dikehendaki berada di sekolah 5 minit sebelum loceng dibunyikan.
  • Murid-murid dikehendaki beratur di luar bilik darjah dan hanya boleh masuk ke kelas apabila guru berada bersama.
  • Murid-murid tidak dibenarkan keluar daripada kawasan sekolah seorang diri atau dengan orang luar sebelum waktu balik. Ibu bapa yang ingin membawa anak-anak mereka balik mesti memberitahu guru kelas, Guru Penolong Kanan dan menandatangani buku "Murid Pulang Awal" yang disediakan di Pejabat.
  • Murid-murid yang tidak hadir kerana sakit atau sebab-sebab tertentu hendaklah memberitahu guru kelas dengan membawa surat akuan doktor atau surat alasan ibu bapa/penjaga.
  • Murid-murid yang tidak sihat dilarang datang ke sekolah.


(2) PEMBELAJARAN


  • Murid-murid mesti menunjukkan sikap yang positif dalam pelajaran mereka.
  • Semua kerja-kerja rumah hendaklah disiapkan di rumah.
  • Murid-murid mesti mewujudkan suasanan pembelajaran yang tenang dan berdisiplin setiap masa.
  • Murid-murid yang berpindah kelas beratur dan bergerak dengan cepat, senyap dan berdisiplin.

(3) SIKAP DAN SAHSIAH DIRI PELAJAR

  • Murid-murid mesti menghormati rakan-rakan, guru-guru, pengawas-pengawas dan pekerja-pekerja sekolah.
  • Murid-murid mesti mengamalkan budi bahasa yang baik di antara satu sama lain dengan cara mengucapkan Assalamualaikum/ Selamat Sejahtera/ Selamat Pagi kepada guru-guru, ucapan terima kasih kepada sesiapa yang menolong atau memberi sesuatu.


(4) AKADEMIK




(5) KOKURIKULUM




(6) TATATERTIB MURID




(7) TATATERTIB SEMASA DI DALAM BILIK DARJAH




(8) TATATERTIB SEMASA REHAT DI KANTIN




(9) TATATERTIB PENGGUNAAN TANDAS




(10) KESELAMATAN




(11) HARTA BENDA SEKOLAH




PUNCA MASALAH DISIPLIN MURID (GURU)




Jika selama ini masyarakat didedahkan bahawa punca masalah disiplin murid adalah daripada aktiviti tidak sihat murid di luar sekolah tetapi baru-baru ini kajian mendapati bahawa sekolah merupakan salah satu faktor penyebab masalah disiplin tersebut. Kajian itu dilakukan oleh sekumpulan murid Sarjana Kepengetuaan Kohort Lima Institut Pengajian Kepengetuaan Universiti Malaya (UM), yang kebanyakannya merupakan pengetua sekolah di negara ini. Menurut kajian tersebut yang dibentangkan oleh Rusli Wahab dan Mohd. Hassany Hashim, guru dan cara pengajaran dan pembelajaran (P&P) merupakan salah satu penyebab masalah disiplin dalam kalangan murid.

            Pengajaran guru yang membosankan seperti penerangan satu hala yang terlalu lama dan formal, pengajaran yang sukar difahami oleh murid dan ini membuatkan murid rasa memberontak kerana bosan dengan pengajaran yang tidak berkesan. Sebagai contohnya, kaedah pengajaran yang guru lakukan ialah dengan membaca buku teks, menulis di papan hitam dan berkomunikasi satu hala sahaja. Hal ini menyebabkan murid merasa bosan terhadap pengajaran dan pembelajaran dan kemudiannya ponteng kelas atau sekolah akan berlaku kerana murid ingin mencari keseronokkan.

           Selain itu, jika guru terlalu garang hingga murid terlalu takut kepadanya, maka pertentangan terus tidak dibuat tetapi perasaan geram akan disalurkan kepada orang ketiga yang tidak bersalah (Gragey, 1970). Sebaliknya pula guru yang permisif akan menghadapi masalah disiplin di dalam dan di luar kelas, kerana perlakuan-perlakuan yang tidak dapat diterima akan menyebabkan pengajaran tidak dapat dijalankan.

          Guru juga perlu cakna kepada keaadan semasa dalam bilik darjah. Tidak diakui bahawa dewasa ini guru-guru telah dibebani dengan tugasan-tugasan yang tidak ada kaitan dengan pendidikan seperti memasukkan data markah peperiksaan di dalam web. Masa guru banyak dihabiskan dengan urusan-urusan kerani atau pentadbiran. Sepatutnya, guru-guru ini digunakan khidmat mereka untuk selalu berinteraksi dengan murid-murid supaya hubungan mesra di antara guru dan murid dapat berlaku. Apabila guru kurang mesra dengan murid, mereka akan mudah untuk tidak menghormati guru tersebut sama ada tidak memberi salam apabila berjumpa dan tidak menumpukan perhatian ketika guru itu mengajar.