Isnin, 11 Mac 2013

PUNCA MASALAH DISIPLIN MURID (MURID)




Punca paling utama masalah disiplin di sekolah ialah dari diri murid itu sendiri. Setiap personaliti murid berbeza-beza, ada murid yang aktif dan pasif. Selalunya murid yang sering melakukan masalah disiplin di sekolah adalah murid yang aktif dan bersifat agresif. Mereka tidak suka dikongkong oleh peraturan sekolah yang telah ditetap dan cenderung melanggar peraturan tersebut. Contohnya, mereka tidak suka berpakaian kemas semasa di sekolah.

Duke (1980) menyatakan bahawa tiap-tiap individu itu bertanggungjawab di atas perlakuan sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikuti kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa yang dikatakan sebagai ‘the potential influence of the student’s free will.”

Mereka juga mungkin melanggar peraturan-peraturan di sekolah sewaktu belajar atau bermain kerana mereka tidak menyedari  bahawa perbuatan mereka telah menyalahi peraturan kelas atau sekolah. Ini adalah menjadi suatu faktor yang penting dalam hal murid-murid melakukan perbuatan yang tidak berdisiplin.

Terdapat juga pelanggaran-pelanggaran peraturan yang dilakukan oleh murid-murid yang mempunyai masalah emosi. Jenis kanak-kanak ini dipanggil ‘neorotic’ atau ‘psychotic’, dan mengikut Despert (1965) dapat dikenali dengan gaya kelakuannya yang jahat, selalu membuat salah, melawan, ingkar, tidak dapat dibentuk dan tidak stabil.

Kelemahan dari segi perkembangan mental juga boleh membawa kepada pelanggaran peraturan di sekolah. Murid-murid yang lemah belajar dam gagal berkali-kali dalam peperiksaan, akan merasa kecewa dan hilang minat belajar. Mengikut Rabven (1977) apabila murid-murid tidak berminat dalam sesuatu mata muridan yang tertentu dan guru tidak pula berusaha untuk menarik minat mereka, murid-murid tersebut akan hilang semangat belajar dan akan melakukan apa juga yang terlintas di hati mereka.

0 ulasan:

Catat Ulasan