Selasa, 5 Mac 2013

Energizer

ENERGIZER 1 ----> [ 1,2,3.....tangkap!!]

Objektif:

1. Sebagai satu aktiviti bertenaga untuk menyediakan pelajar untuk pengajaran dan prmbelajaran seterusnya.

2. Sebagai satu aktiviti set induksi untuk subjek sains berkenaan dengan topik koordinasi badan.

3. Aktiviti yang menguji kepantasan kita bertindak juga sesuai untuk mengembalikan fokus pelajar terhadap sesi seterusnya.

Saiz kumpulan:

Semua pelajar boleh terlibat di dalam permainan ini

Barang-barang yang diperlukan:

Tiada, hanya memerlukan penglibatan pelajar dengan aktif!

Langkah-langkah:

1. Permainan ini mengandungi 4 langkah. Setiap langkah harus ditunjukkan oleh guru kepada pelajar.

2. Minta pelajar buat satu bulatan besar. Jarak di antara satu sama lain hendaklah sepanjang satu depa.

2. Langkah pertama bermula apabila guru menyebut angka '1' dan berkata, 'HEY!', sekali sahaja. Pelajar seterusnya harus mengangkat tangan kanan secara menegak, menudingkan jari mereka ke atas sambil serentak menyebut, 'HEY!'.

3. Di dalam langkah kedua, guru menyebut angka '2' dan berkata, 'HEY!' sebanyak dua kali. Pelajar seterusnya harus mengangkat tangan kiri secara melintang, dengan tapak tangan terbuka sambil serentak menyebut, 'HEY!' sebanyak dua kali.

4. Di dalam langkah ketiga, guru menyebut angka '3' dan berkata, 'HEY!' sebanyak tiga kali. Pelajar seterusnya menurunkan tangan kanan mereka supaya searas dengan tangan kanan. Mereka tetap dalam keadaan menuding jari, cuma jari telunjuk mereka menuding ke bawah pula.

5. Di dalam langkah keempat dan terakhir, guru akan menyebut angka '4'. Tiada lagi sebarang sebutan 'HEY!'. Pada masa ini, pelajar dikehendaki menangkap jari jiran di sebelah kiri mereka dengan tangan kiri dan dalam masa yang sama mengelakkan jari telunjuk mereka di sebelah kanan dari ditamgkap pula oleh jiran yang satu lagi di sebelah kanan. 

6. Lakukan beberapa kali. Kelas anda pasti akan riuh-rendah dengan permainan yang menyeronokkan ini!

Tip:

Aktiviti ini juga boleh digunakan sebagai set induksi untuk topik berkenaan koordinasi tubuh badan dan juga penggunaan deria.

Selamat mencuba!





ENERGIZER 2 (We Can Fly)


Objektif :

  • Memulakan aktiviti dengan suasana yang ceria dan penuh bersemangat.
  • Menyedarkan peserta tentang kebolehan yang boleh diasah.
  • Melatih berfikiran kreatif.

Masa: 5 minit
Bahan/alatan: laptop (iringan lagu)

Langkah-langkah:

  1. Fasilitator meminta peserta berdiri dan mengambil tempat yang dirasakan selesa.
  2. Lagu ‘I Believe I Can Fly’ dipasang.
  3. Fasilitator menunjukkan cara pemanasan badan dan peserta mengikutnya sambil menghayati lagu tersebut.
  4. Peserta diminta mendepakan tangan dan pusing ke belakang perlahan-lahan sejauh yang mungkin, kiri dan kanan. Ulang langkah yang sama untuk kali kedua.
  5. Seterusnya fasilitator meminta peserta menyentuh jari kaki mereka dengan apa cara sekalipun.
  6. Selesai pemanasan badan, fasilitator menjelaskan pengajaran disebalik aktiviti tersebut.

ENERGIZER 3 [Percaya padamu]

Objektif :
1.    Menimbulkan mood baik kepada para peserta untuk aktiviti yang seterusnya.
2.    Menguji fokus pemikiran peserta.
3.    Menggalakkan peserta berasa yakin antara satu sama lain.
4.    Membentuk dua kumpulan untuk aktiviti yang seterusnya.

Masa : 5 minit
Alatan : -
Pelaksanaan aktiviti:
1.      Fasilitator meminta peserta berdiri dan berbaris panjang.
2.      Fasilitator memberikan nama kepada peserta yang berdiri pada nombor ganjil dengan panggilan ‘Tun”, manakala peserta yang berdiri pada nombor genap dipanggil “Teng”.
3.      Apabila fasilitator menyebut “Tun”, maka hendaklah mengangkat dua belah tangan ke atas. Manakala, “Teng” pula, hendaklah mengangkat tangan ke hadapan.
4.      Fasilitator akan menyebut “Tun” dan “Teng” itu secara berselang-seli.

0 ulasan:

Catat Ulasan