Khamis, 14 Mac 2013

Ini "coins" untuk kamu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam ukhuwah buat pembaca sekalian. 

Jazakumullahu khairan kathira buat para pendidik sekalian atas pengorbanan kalian, jadilah aku seperti apa adanya ini dan in shaa Allah aku juga bakal menjadi pendidik.

Semoga kalian duhai pendidik sentiasa mendapat redha Allah atas segala apa usaha pentarbiyahan anak-anak muridmu ini. Allah melihat usaha kita.

----------------------------------------------


Post kali ini adalah berkaitan dengan AKTIVIT KEDUA untuk mengawal tingkah laku murid-murid di dalam bilik darjah 

(INI "COINS" UNTUK KAMU)

BAHAN: 
  1. Coins plastik berwarna (merah dan biru) 
  2. Papan mata (dibuat sendiri oleh guru daripada mounting board)
  3. Plastik meja

LAKARAN:
Coins untuk tingkah laku diingini
coins untuk tingkah laku tidak diingi




Papan mata



Contoh papan mata yang sudah diisi





OBJEKTIF:
  1. Untuk mengawal tingkah laku murid di dalam bilik darjah.
  2. Untuk menarik minat murid untuk menumpukan perhatian kepada pengajaran guru dan pembelajaran mereka.
  3. Memberi peneguhan positif kepada murid-murid supaya sentiasa berkelakuan baik dan melakukan tingkah laku yang diingini oleh guru.

LANGKAH PELAKSANAAN:
  1. Guru meletakkan papan mata di hadapan kelas (bersebelahan dengan papan putih). Hal ini demikian supaya murid-murid sentiasa melihat perkembangan mata masing-masing dan sentiasa berjaga-jaga supaya tidak melakukan tingkah laku yang tidak diingini oleh guru.
  2. Guru menyediakan peraturan penggunaan papan mata supaya memudahkan guru-guru lain mengaplikasikannya di dalam kelas tersebut.
  3. Setiap tingkah laku positif murid akan mendapat coins yang berwarna hijau. contoh tingkah laku yang diingini oleh guru dalam bilik darjah ialah mengangkat tangan ketika hendak bertanyakan soalan, meminta izin, menjawab soalan, membuat tugasan dengan baik dan cemerlang dan seumpamanya.
  4. setiap tingkah laku negatif murid akan mendapat coins yang berwarna merah. contoh tingkah laku yang tidak diingini oleh guru dalam bilik darjah ialah menganggu kawan, bercakap-cakap ketika guru mengajar, membuat bising, berjalan ketika guru sedang mengajar. 
  5. setiap hari jumaat, guru kelas akan memberikan hadiah kepada pengumpul coins hijau yang terbanyak. 
  6. Guru tidak lupa untuk memberi kata-kata semangat kepada murid yang lain untuk mengumpul coins hijau.
  7. aktiviti diteruskan untuk setiap minggu bagi minggu-minggu yang seterusnya.
KELEBIHAN:
  1. Mudah untuk dilaksanakan.
  2. Penyediaan bahan-bahan tidak memerlukan kos yang tinggi.
  3. Boleh diaplikasikan oleh semua guru yang mengajar di dalam kelas tersebut.

4 ulasan:

  1. terbaik!! alhamdulillah,,,aktiviti sangat memberi manfaat buat guru-guru semasa dikelas,,, soalan : jika semua guru melakukan aktiviti yang sama. sudah pasti kelas akan penuh dgn papan coin. dan jika papan coin tersebut boleh digantung dan dan ditanggalkan, pasti bilik guru pula yang akan penuh,,, apakah cadangan anda jika msalah ini berlaku?

    BalasPadam
  2. alhamdulillah terima kasih di atas komen yang sangat membina ini.

    saya hanya menggunakan satu papan mata sahaja dan guru-guru lain yang mengajar kelas saya boleh menggunakan papan yang sama (meneruskan mata yang sudah diperolehi oleh murid pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang lepas.

    tidak perlu ditanggalkan papan ini, kerana hanya coins nya sahaja yang dikeluarkan dari poket papan mata.

    Aktiviti ini akan berjalan sepanjang hari untuk tempoh satu minggu. minggu seterusnya guru akan mengosongkan papan mata dan murid-murid akan berpeluang untuk mendapat mata lebih dari minggu lepas dengan mengawal tingkah lakunya di kelas.


    BalasPadam
  3. Aktiviti menarik. Menggunakan koin sebagai peneguhan. ^^) Kreatif dan saya yakin ia amat berkesan. in sha Allah..

    BalasPadam
  4. Terima kasih di atas sokongan ustazah hamizah. Sebagai seorang guru kita perlulah lebih kreatif seiring dengan minat serta perkembangnan minda murid milinia kini. In shaa Allah, apabila murid sudah berminat dengan kaedah pengajaran guru, semestinya pembelajaran mereka aka jauh lebih berkesan.

    BalasPadam