Sabtu, 9 Mac 2013

ciri-ciri guru asertif


model disiplin Asertif Canter.

Model Dispilin Canter berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku.
                 
Ciri-ciri guru yang asertif
  1. Jelas, yakin dan menyatakan jangkaan serta arahan yang konsisten dengan tegas.
  2. Tahu apa yang diingini oleh murid
  3. Guru menerangkan peraturan bilik darjah
  4. Membantu murid untuk memahami bentuk tingkah laku yang membawa kepada kejayaan dan tingkah laku yang membawa ke arah kegagalan.
  5. Guru asertif tidak membawa imej garang dan kasar.
  6. Memberikan peluang kepada guru dan murid untuk memenuhi keperluan masing-masing.
  7. Guru asertif konsisten, adil dan boleh memenuhi kehendak murid




Di dalam model Asertif Canter, terdapat  model asertif disiplin yang menggariskan tiga jenis guru iaitu guru yang asertif, guru yang tidak asertif dan guru yang agresif. Berikut adalah ciri-ciri guru yang tidak professional dalam bidang pendidikan.

Guru yang agresif
  1. Garang, kasar, tidak mesra dan tidak bertimbang rasa
  2. Autokratik
  3. Menunjukkan kuasa dan tidak bertolak ansur



Guru yang tidak asertif
  1. Mereka menggunakan pendekatan yang pasif terhadap murid
  2. Tidak konsisten dalam menangani tingkah laku murid
  3. Penggunaan bahasa yang tidak sesuai
  4. Ini akan menyebabkan murid keliru dengan jangkaan guru 

0 ulasan:

Catat Ulasan