Rabu, 13 Mac 2013

PUNCA MASALAH DISIPLIN (KOMUNITI)



Bentuk-bentuk gejala sosial jika ingin dibincangkan secara berasingan boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama secara umum yang melibatkan semua pihak samada tua atau muda. Kedua, secara khusus iaitu yang melibatkan golongan remaja. Namun, untuk menentukan garis sempadan antara keduanya bukan merupakan suatu perkara yang mudah. Ini kerana terdapat perkara yang melibatkan golongan dewasa, tetapi kini telah juga melibatkan golongan remaja. Minum arak misalnya, merupakan masalah yang dikongsi bersama antara golongan remaja dan juga dewasa. Sekalipun begitu, terdapat juga garis pemisah yang boleh dikategorikan sebagai jelas, misalnya gejala lari dari rumah. Ini merupakan permasalahan yang hanya melibatkan golongan remaja. Oleh kerana terdapat kemungkinan wujudnya persamaan, maka gejala sosial dalam kertas ini akan dibincang secara bersama dan tanpa garis pemisah antara kedua golongan.
Antara bentuk gejala sosial yang sering melanda masyarakat dewasa ini dapat disebutkan seperti berikut: 


1- Penyalahgunaan dadah.

Penyalahgunaan dadah bermaksud penggunaan dadah dengan tujuan yang salah terutama jika penggunaannya menjejaskan sistem urat saraf. Penyalahgunaan dadah merupakan masalah utama Negara. Kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar bagi mengatasi masalah ini yang begitu ketara melanda masyarakat Melayu Islam. Menurut Agensi Dadah Kebangsaan, dalam tempoh 1996-1997 penagih baru yang dikesan adalah dari kalangan mereka yang berkelulusan PMR dan SPM. Antara Januari hingga Jun 1997 menunjukkan peratus mereka yang mula menagih dadah sebanyak 4% bagi mereka yang tidak bersekolah, 23.9% mereka yang bersekolah rendah, 48.6% dari mereka yang berkelulusan SRP/LCE/PMR, 22% yang berkelulusan SPM/MCE/SPVM, 0.7% yang berkelulusan STP/HSC/STPM, 0.7% yang mempunyai diploma/ijazah dan 0.1% yang lain-lain. Mereka yang berkelulusan SRP/LCE/PMR merupakan golongan yang terbesar sekali menagih dadah.5 Statistik Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) menunjukkan sebanyak 4813 penagih baru dan 5778 kes berulang dicatatkan di seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Mei tahun 2001. Kemudiannya seramai 60 penagih baru dikesan setiap hari turut menggambarkan betapa kritikalnya gejala penagihan dadah.


2- Gangster

Kebanyakan kes gangsterisme melibatkan kecederaan yang serius dan boleh mengakibatkan kematian, kerosakan harta benda awam dan sebagainya. Kes-kes mengenai gangsterisme ini peratus tertingginya adalah melibatkan golongan remaja. Di Kuala Lumpur sekumpulan remaja berusia 16-17 tahun yang tercicir daripada persekolahan telah menubuhkan kumpulan samun. Kumpulan tersebut bergerak selepas jam 12 malam hingga awal pagi dengan menggunakan motosikal dan membuat tinjauan di sesuatu kawasan perumahan dan tempat awam sebelum meragut mangsa terutama mereka yang berjalan bersendirian di tempat sunyi.


3- Melepak

Lepak merupakan satu aktiviti membuang masa secara mundar-mandir dan bersiar-siar tanpa sebarang arah tuju. Pada kebiasaannya ia berlaku dalam kelompok sekurang-kurangnya dua orang. Waktu lepak tidak terikat dengan waktu, baik siang atau malam. Kelompoknya juga terbuka kepada golongan remaja di kaki lima atau golongan tua di kedai-kedai kopi. Besar kemungkinan mereka memilih melepak sebagai satu cara untuk lari daripada tekanan hidup. Ada juga yang melepak untuk sekadar bersenangsenang dengan kawan.10 Bagi golongan tua, besar kemungkinan untuk melepaskan penat badan dan melapangkan fikiran setelah penat bekerja. Budaya ini adalah suatu perbuatan yang negatif dan tidak produktif. Sekalipun ia bukan merupakan kes jenayah pada masa kini, tetapi tidak mustahil akan merupakan salah satu punca berlaku masalah sosial di masa akan datang.11 Kehidupan remaja yang inginkan keseronokan dengan melepak di pusat membeli belah dan pusat hiburan tidak mustahil akan menjerumuskan mereka ke kancah masalah sosial yang lebih besar seperti dadah, khalwat, perlumbaan haram dan sebagainya.


4- Khalwat

Khalwat dalam bahasa Arab bermaksud perihal perbuatan mengasingkan atau memencilkan diri (menenangkan fikiran dengan bertafakur dan lain-lain). Makna kedua pula ialah berdua-duaan di tempat terpencil atau tersembunyi antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dan bukan pula suami isteri yang boleh dianggap sebagai satu perbuatan yang sumbang. Khalwat yang dimaksudkan sebagai masalah sosial di sini ialah khalwat dengan mengasingkan diri di tempat yang sunyi antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dan boleh menimbulkan fitnah. Ia merupakan satu perbuatan yang dilarang dalam Islam. Ini kerana ia merupakan permulaan kepada penzinaan. Pengharaman zina bukan setakat perbuatan itu, tetapi perilaku yang berupa mukaddimah kepadanya juga. Kegiatan khalwat merupakan lanjutan daripada pergaulan bebas dan percampuran lelaki dan perempuan tanpa tujuan yang baik. Biasanya perbuatan ini tidak berakhir begitu sahaja bahkan akan mendorong kepada perkara buruk yang lain seperti seks bebas dan bersekedudukan tanpa sah. Apabila ini berlaku, kejadian seperti pembuangan bayi kerana kelahiran yang tidak dirancang akan terjadi.


5- Minum arak

Minum arak, samada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak adalah diharamkan oleh Islam. Namun perbuatan ini dilihat sebagai suatu yang remeh oleh masyarakat hari ini. Kegiatan ini bukan sahaja mendatangkan mudarat kepada peminumnya tetapi juga kepada keluarga dan orang lain. Seseorang kaki minum akan melupakan tanggungjawab terhadap keluarga malah tercebak kepada masalah keganasan rumahtangga dan penganiayaan terhadap anak-anak.


6- Lari dari rumah

Masalah anak-anak lari dari rumah adalah berkaitan rapat dengan kepincangan dalam mengendalikan rumahtangga. Remaja mudah terpengaruh dengan rakan-rakan di luar untuk mencari keseronokan kerana apabila berada di rumah mereka sering terkongkong akibat persekitaran rumah yang sempit, adik beradik yang ramai atau dimarahi ibu bapa. Tidak kurang juga sebab mereka lari adalah kerana kemiskinan keluarga,
pergaduhan ibu bapa, pengaruh filem dan lain-lain.13 Menurut Berita Harian, kes lari dari rumah telah menjadi semakin serius apabila 26,092 orang telah dilaporkan hilang dalam tempoh 1990-1996 dan kebanyaknnya adalah remaja.14 Satu petunjuk yang mengejutkan telah menunjukkan bahawa bilangan remaja Melayu lari dari rumah adalah ebih tinggi jika dibandingkan daripada kaum-kaum yang lain.


7- Gejala bohsia

Perkataan bohsia berasal dari perkataan Hokkien yang bererti tanpa bunyi. Oleh kerana aktiviti maksiat itu berlaku dalam gelap dan sunyi maka ia disebut awek bohsia. Mereka ini terdiri daripada gadis-gadis belasan tahun yang berumur dalam lingkungan 13-17 tahun. Asalnya aktiviti mereka ialah menggoda remaja mat-mat motor untuk berseronok-seronok. Mereka bergaul bebas sesama mereka untuk bersukasuka dan melakukan hubungan seks atau minum arak. Ada antara mereka yang berkongsi lebih dari seorang lelaki bagi memenuhi kepuasan yang diingini.17 Hasil kajian yang dilakukan pada tahun 1994-1995, mendapati 24% remaja berusia 13 tahun hingga 19 tahun pernah melakukan hubungan seks. 18% pernah melakukan hubungan seks pada peringkat umur 15 hingga 18 tahun.


8- Pelacuran

Pelacuran merupakan penyakit sosial yang tertua dalam sejarah peradaban manusia. Masyarakat moden pada hari ini seolah-olah boleh menerima hakikat bahawa terlalu mustahil gejala ini dihapuskan. Ini kerana  permintaan yang tinggi terhadap pelacur telah menjadi pemangkin kepada merebaknya gejala ini secara sukarela mahupun paksaan. Menurut perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat sepanjang tempoh 1993-1996, terdapat sejumlah remaja mengandung luar nikah di 10 buah institusi dimana kira-kira 456 anak luar nikah telah dilahirkan.

0 ulasan:

Catat Ulasan