Khamis, 14 Mac 2013

Punca Masalah Disipilin ( SEKOLAH )



Harapan sekolah yang tinggi

Setiap sekolah mempunyai misi dan visi yang  tersendiri. Sesebuah sekolah yang terlalu meletakkan harapan yang telalu tinggi dalam akademik, maka penumpuannya hanyalah menjurus kepada aspek akademik. Hal ini boleh mewujudkan suasana yang tegang dan menekan seterusnya murid berasa tidak seronok dan mudah bosan. Hal ini kerana setiap murid mempunyai kebolehan dan minat yang berbeza. Justeru, murid yang tidak boleh mencapai hasrat yang diingankan oleh pihak sekolah akan bertindak balas yang negatif seperti memberontak, mengasingkan diri, tidak mengikut peraturan sekolah, dan sebagainya.  

Kolaborasi guru dengan murid

Kolaborasi dalam kalangan guru dikaitkan dengan hubungan positif guru dalam kalangan murid (Watkins, C. & Wagner P., 2000). Kolaborasi juga dikenali sebagai komunikasi dua hala antara guru dengan murid tidak kira di dalam atau luar bilik darjah. Dalam sebuah sekolah yang mengamalkan kolaborasi, para guru bersedia berkongsi maklumat, berbincang dan menyelesaikan masalah murid dalam akademik mahupun masalah yang dihadapi oleh murid, serta mencari kaedah yang berkesan untuk meningkatkan pencapaian murid akademik dan membantu murid yang mempunyai masalah peribadi. Dengan ini, jurang antara murid dengan guru boleh dihapuskan seterusnya boleh menyambung hubungan silaturrahim hidup sebagai umat islam yang telah diajar oleh nabi junjungan kita, baginda Rasulullah S.A.W. 

Perasaan kemasyarakatan

Setiap sekolah perlulah membina perasaan kemasyarakatan dan kekitaan antara satu sama lain untuk kebaikan bersama. Para guru atau warga sekolah perlulah membina perasaan seperti ini supaya murid-murid berasa tidak terpinggir dengan urusan yang berkaitan dengan hal sekolah mereka supaya mereka dapat merasakan mereka juga anggota yang dapat menyumbang ke arah pencapaian matlamat sekolah dan bukan hanya sebagai penumpang. Setiap sekolah perlulah bekerjasama  antara satu sama lain untuk membina satu usrah seperti yang telah dilakukan oleh Rasulullah sendiri bersama sahabat-sahabat baginda. Dengan ini, murid-murid berasa dihargai dengan keterlibatan bersama kerana tanpa mereka tidak wujudnya sesebuah organisasi di sekolah.

Prasarana sekolah

Setiap sekolah perlulah mengambil berat tentang prasarana di sekolah mereka bagi keselesaan murid-murid. Prasarana yang perlu dititikberatkan adalah dari segi kecantikan dan keindahan suasana sekolah, kebajikan dan keselamatan murid, bilangan murid yang ramai sebuah bilik darjah, alatan kerusi dan meja, tandas yang bersih dan paip yang berfungsi, dan sebagainya. Hal ini amat penting bagi menjaga keselamatan dan memenuhi keperluan fisiologi  murid serta membakar semangat mereka untuk menimba imu di sekolah tanpa rasa jemu dan bosan.



0 ulasan:

Catat Ulasan