Isnin, 11 Mac 2013

PUNCA MASALAH DISIPLIN (MEDIA MASSA)


PENGARUH MEDIA MASSA 

Terdapat pelbagai unsur negatif yang disalurkan melalui media massa terutamanya media elektronik seperti filem ganas dan lucah yang tidak sesuai dengan agama, akhlak, budaya timur dan wawasan negara. Laporan televisyen dan akhbar menunjukkan masalah disiplin remaja berlaku selepas menonton filem berunsur ganas.

 filem KL-Gangster banyak mempengaruhi personaliti pelajar

Pengaruh muzik, khasnya lirik-lirik muzik rock sering menimbulkan ketidakfahaman terutamanya pendengar golongan muda yang masih pada peringkat konkrit dalam perkembangan kognitif mereka. Perkara ini perlu diberi tumpuan kerana ia membawa kesan yang jelas iaitu menjejaskan kefahaman mereka berkenaan suatu perkara. Pelajar memperuntukan masa purata lebih dari dua jam sehari menonton rancangan itu. Kebanyakan mereka menonton bagi mendapatkan maklumat yang releven dengan dunia sosial mereka, menghargai muzik, berseronok atau berhibur semata-mata. 

                Manakala filem-filem yang memaparkan sikap negatif seperti salah laku, rogol, buli, serangan, pelacuran dan peras ugut dapat mempengaruhi sikap remaja serta menonjolkan akhlak yang tidak baik dalam proses pembelajaran. Agak menyedihkan lagi, filem ini dihasilkan oleh orang melayu sendiri dengan alasan untuk menunjukkan kehidupan sebenar masyarakat kita. Sebagai contoh, filem Rempit dan KL Drift. Filem ini lebih banyak mendatangkan masalah sosial dalam kalangan pelajar seperti gejala lumba haram, pengedar dadah dan penagih dadah semakin berleluasa di Malaysia. 

               Selain itu, negara kita dihangatkan lagi dengan kedatangan drama korea yang menonjolkan babak-babak yang tidak sesuai dengan remaja pada masa kini. Ini membantu menyumbang kepada budaya couple dalam kalangan pelajar yang boleh menjebakkan pelajar kepada lembah zina.


adegan cinta dalam filem sangat digemari oleh remaja masa kini

 Kesannya akan meresap secara halus ke dalam diri mereka tanpa disedari kerana remaja banyak belajar melalui pemerhatian. Sehubungan dengan itu, ibu bapa haruslah prihatin dan mengambil tahu apa yang dilakukan oleh anak-anak mereka.


6 ulasan:

  1. pendeknya assignment?

    isi terlalu 'sekolah menengah'..kalau boleh datangkan sumber2 primer hasil tulisan tokoh2 ilmuan..

    ke memang etika penulisan yg ringan?

    sekian

    BalasPadam
  2. salam busyoiri.

    assignment ini tidak pendek. cuma artikel di bawah satu isi iaitu punca masalah disiplin daripada media massa.

    assignmet adalah keseluruhan blog pengurusan bilik darjah ini.

    terima kasih banyak di atas komen anda dan kami akan perbaiki dan mantapkan lagi huraian isi ini.

    BalasPadam
  3. Salam cha.. just nak tego ckit lah,, klau tulis artikel sena'y kita tak boleh mention directly dekat nama filem or majalah or jenama sesuatu benda.. maksudnya kena cakap secara general je.. kalau mcm nak bagi conntoh, just mention je, filem2 aksi atau majalah2 hiburan.. lagi 1, ayat ni "jika kita lihat di pasaran, longgokan majalah-majalah artis dijual tanpa mngira umur" kita rasa xsesuai kot.. perkataan majalah2 artis tu, mcm xtepat sikit.. Tpi, overall,, okeyh..

    BalasPadam
  4. salam farah hani

    terima kasih atas nasihat dan komen tentang nama majalah :)
    kami akan perbaiki ayat2 tersebut.

    moga ulasan anda akan membantu kami untuk memberikan yang terbaik :)

    terima kasih ya ^_^

    BalasPadam
  5. oleh kerana itu saya tidak meminati cerita melayu yg bercorak 18 sg,sx, pg dan lain2 lagi.. pendapat saya, cerita barat walaupun kebanyakkannya lebih teruk daripda cerita melayu, namun atas sebab kekangan bahasa, anak kecil jarang meniru ap2 yg mereka telah tonton. feel free to argue my opinion.

    BalasPadam
  6. Ada benarnya juga pendapat saudara afif :)

    sepatutnya media massa negara kita khususnya pihak media elektronik (TV)menyiarkan kisah-kisah atau filem yang banyak bermotifkan pengajaran yang baik, bermanfaat untuk pembinaan generasi akan datang.

    sama-sama kita perbaiki dan mengingati antara satu sama lain.

    terima kasih ya :)

    BalasPadam