Khamis, 14 Mac 2013

Konsep Pengurusan Bilik Darjah


Konsep Pengurusan Bilik Darjah



Pengurusan bilik darjah merupakan proses untuk memastikan pelajaran dalam bilik darjah dapat berjalan dengan lancar walaupun pada masa yang sama berlaku gangguan sama ada dari dalam atau luar kelas.

Jacob Counin (1970)

Bilik darjah yang teratur bergantung kepada kemahiran guru mencegah masalah daripada berlaku dan bukannya menyelesaikan masalah yang telah berlaku.


Alberto & Troutman (1986)

Pengurusan bilik darjah sebagai kemahiran guru berdasarkan masa, ruang, sumber, pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran.

Lemlech (1988)

Mengumpamakan pengurusan bilik darjah sebagai orchestra dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran.
Menekankan kepentingan penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimakan keberkesanan dan kecekapan, pemantauan perkembangan murid serta tanggungjawab guru dalam memikirkan dan menjangka kemungkinan masalah yang timbul.

Anderson (1989)

Pengurusan bilik darjah yang efektif adalah terdiri  daripada 3 komponen, iaitu tingkah laku yang menghasilkan penglibatan pelajar yang maksimum dalam aktiviti pembelajaran, meminimumkan tingkah laku pelajar yang mengganggu tugas guru dan pelajar lain serta penggunaan masa pembelajaran yang efisien.

Richards (1990)

Pengurusan bilikdarjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Hall (2000)

Pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah suatu usaha yang berterusan dan menjadi proses orientasi penyelenggaraan.

Pengurusan bilik darjah melibatkan aspek memotivasikan pelajar untuk belajar, menyediakan arahan dan maklumat yang bersesuaian dan menguruskan kerja murid.

Pengurusan yang efektif dalam bilik darjah haruslah bersifat proaktif, responsif dan menyokong.


Levin dan Nolan (2004)

Mudah untuk membezakan antara dimensi arahan dan pengurusan dalam pengajaran dan memberikan tumpuan kepada pentingnya aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri.


Sanford J., Emmer E. & Clemments B.

Pengurusan bilik darjah perlu dilihat sebagai bidang yang lebih luas daripada hanya kawalan bilik darjah dan peraturan. Hal ini termasuklah semua perkara yang perlu dilakukan oleh seseorang guru untuk menggalakkan penglibatan dan kerjasama dalam aktiviti bilik darjah serta membentuk persekitaran yang produktif.



Para pendidik mendefinisikan pengurusan bilik darjah mengikut pendekatan pengurusan bilik darjah itu sendiri, iaitu :

Autoritarian :

Proses mengawal tingkah laku pelajar

Peranan guru menbentuk dan memastikan peraturan diikuti

Penekanan utama mengawal disiplin pelajar

Biasanya perkataan pengurusan bilik darjah dan disipilin adalah terkawal


Permisif :

Bertentangan dengan autoritarian

Peranan guru adalah memaksimumkan kebebasan pelajar

Pengawalan kebebasan pelajar akan menyekat perkembangan semulajadi mereka.

Set aktiviti guru memaksimumkan kebebasan pelajar


Modifikasi tingkah laku pelajar :

[ Modifikasi mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud proses perbuatan atau tindakan mengubah sedikit sesuatu keadaan atau sifat supaya sesuai  dengan keperluan.]
Guru mengubah tingkah laku pelajar daripada tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif.

 Pengurusan bilik darjah adalah satu set aktiviti yang menggalakkan tingkah laku positif.

Contoh : Jadual tugas harian yang disediakan dapat memupuk sikap tanggungjawab dan mendisiplinkan murid. Secara tidak langsung, murid akan melibatkan diri secara aktif mengikut jadual yang ditetapkan.


Menggalakkan persekitaran pembelajaran yang positif :

Pengurusan bilik darjah merupakan satu set aktiviti yang mana guru membentuk hubungan yang baik dengan murid dan sakaligus membentuk persekitaran bilik darjah yang positif.

Pembelajaran dapat dimaksimumkan dengan komunikasi dua hala, hubungan baik guru dengan murid, dan hubungan baik murid dengan murid. 

Bilik darjah adalah satu sistem sosial yang mana pembelajaran berlaku dalam konteks berkumpulan atau individu.

Guru berperanan merangsang pembentukan tingkah laku murid dan manjaga sistem organisasi bilik darjah.

3 ulasan:

  1. terima kasih, maseh byk yg perlu dipelajari lg :p

    BalasPadam
  2. 888 Casino Hotel W London - MapYRO
    Find 대구광역 출장마사지 888 Casino Hotel W London, London (MapYRO). 김포 출장안마 The 888 영천 출장샵 Casino Hotel in 의왕 출장마사지 London is an ideal location for an outdoor party, 전라북도 출장안마 located on a busy London river.

    BalasPadam