Konsep Pengurusan Bilik Darjah
Pengurusan bilik darjah merupakan proses
untuk memastikan pelajaran dalam bilik darjah dapat berjalan dengan lancar
walaupun pada masa yang sama berlaku gangguan sama ada dari dalam atau luar
kelas.
Jacob Counin (1970)
Bilik darjah yang teratur bergantung kepada
kemahiran guru mencegah masalah daripada berlaku dan bukannya menyelesaikan
masalah yang telah berlaku.
Alberto & Troutman (1986)
Pengurusan bilik darjah sebagai kemahiran
guru berdasarkan masa, ruang, sumber, pembelajaran, peranan dan tingkah laku
murid dalam menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran.
Lemlech (1988)
Mengumpamakan
pengurusan bilik darjah sebagai orchestra dalam kehidupan di bilik darjah yang
memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosedur dan sumber
pengajaran.
Menekankan
kepentingan penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimakan keberkesanan dan
kecekapan, pemantauan perkembangan murid serta tanggungjawab guru dalam
memikirkan dan menjangka kemungkinan masalah yang timbul.
Anderson (1989)
Pengurusan
bilik darjah yang efektif adalah terdiri
daripada 3 komponen, iaitu tingkah laku yang menghasilkan penglibatan
pelajar yang maksimum dalam aktiviti pembelajaran, meminimumkan tingkah laku
pelajar yang mengganggu tugas guru dan pelajar lain serta penggunaan masa
pembelajaran yang efisien.
Richards (1990)
Pengurusan bilikdarjah sebagai organisasi
dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa
pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Hall (2000)
Pengurusan
bilik darjah yang berkesan adalah suatu usaha yang berterusan dan menjadi
proses orientasi penyelenggaraan.
Pengurusan
bilik darjah melibatkan aspek memotivasikan pelajar untuk belajar, menyediakan
arahan dan maklumat yang bersesuaian dan menguruskan kerja murid.
Pengurusan
yang efektif dalam bilik darjah haruslah bersifat proaktif, responsif dan
menyokong.
Levin dan Nolan (2004)
Mudah untuk
membezakan antara dimensi arahan dan pengurusan dalam pengajaran dan memberikan
tumpuan kepada pentingnya aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu
sendiri.
Sanford J., Emmer E. & Clemments B.
Pengurusan bilik darjah perlu dilihat
sebagai bidang yang lebih luas daripada hanya kawalan bilik darjah dan
peraturan. Hal ini termasuklah semua perkara yang perlu dilakukan oleh
seseorang guru untuk menggalakkan penglibatan dan kerjasama dalam aktiviti
bilik darjah serta membentuk persekitaran yang produktif.
Para pendidik mendefinisikan pengurusan bilik darjah mengikut pendekatan pengurusan bilik darjah itu sendiri, iaitu :
Autoritarian :
Proses
mengawal tingkah laku pelajar
Peranan guru
menbentuk dan memastikan peraturan diikuti
Penekanan
utama mengawal disiplin pelajar
Biasanya
perkataan pengurusan bilik darjah dan disipilin adalah terkawal
Permisif :
Bertentangan
dengan autoritarian
Peranan guru
adalah memaksimumkan kebebasan pelajar
Pengawalan
kebebasan pelajar akan menyekat perkembangan semulajadi mereka.
Set aktiviti
guru memaksimumkan kebebasan pelajar
Modifikasi tingkah laku pelajar :
[ Modifikasi mengikut Kamus Dewan Edisi
Keempat bermaksud proses perbuatan atau tindakan mengubah sedikit sesuatu
keadaan atau sifat supaya sesuai dengan
keperluan.]
Guru
mengubah tingkah laku pelajar daripada tingkah laku negatif kepada tingkah laku
positif.
Pengurusan
bilik darjah adalah satu set aktiviti yang menggalakkan tingkah laku positif.
Contoh : Jadual
tugas harian yang disediakan dapat memupuk sikap tanggungjawab dan
mendisiplinkan murid. Secara tidak langsung, murid akan melibatkan diri secara
aktif mengikut jadual yang ditetapkan.
Menggalakkan persekitaran pembelajaran yang positif :
Pengurusan
bilik darjah merupakan satu set aktiviti yang mana guru membentuk hubungan yang
baik dengan murid dan sakaligus membentuk persekitaran bilik darjah yang
positif.
Pembelajaran
dapat dimaksimumkan dengan komunikasi dua hala, hubungan baik guru dengan murid,
dan hubungan baik murid dengan murid.
Bilik darjah
adalah satu sistem sosial yang mana pembelajaran berlaku dalam konteks
berkumpulan atau individu.
Guru
berperanan merangsang pembentukan tingkah laku murid dan manjaga sistem
organisasi bilik darjah.