Jika selama ini masyarakat didedahkan bahawa punca masalah disiplin
murid adalah daripada aktiviti tidak sihat murid di luar sekolah tetapi
baru-baru ini kajian mendapati bahawa sekolah merupakan salah satu faktor
penyebab masalah disiplin tersebut. Kajian itu dilakukan oleh sekumpulan murid
Sarjana Kepengetuaan Kohort Lima Institut Pengajian Kepengetuaan Universiti
Malaya (UM), yang kebanyakannya merupakan pengetua sekolah di negara ini.
Menurut kajian tersebut yang dibentangkan oleh Rusli Wahab dan Mohd. Hassany
Hashim, guru dan cara pengajaran dan pembelajaran (P&P) merupakan salah
satu penyebab masalah disiplin dalam kalangan murid.
Pengajaran guru yang membosankan seperti
penerangan satu hala yang terlalu lama dan formal, pengajaran yang sukar
difahami oleh murid dan ini membuatkan murid rasa memberontak kerana bosan
dengan pengajaran yang tidak berkesan. Sebagai contohnya, kaedah pengajaran
yang guru lakukan ialah dengan membaca buku teks, menulis di papan hitam dan
berkomunikasi satu hala sahaja. Hal ini menyebabkan murid merasa bosan terhadap
pengajaran dan pembelajaran dan kemudiannya ponteng kelas atau sekolah akan berlaku
kerana murid ingin mencari keseronokkan.
Selain itu, jika guru terlalu garang
hingga murid terlalu takut kepadanya, maka pertentangan terus tidak dibuat
tetapi perasaan geram akan disalurkan kepada orang ketiga yang tidak bersalah
(Gragey, 1970). Sebaliknya pula guru yang permisif akan menghadapi masalah
disiplin di dalam dan di luar kelas, kerana perlakuan-perlakuan yang tidak
dapat diterima akan menyebabkan pengajaran tidak dapat dijalankan.
Guru juga perlu cakna kepada keaadan
semasa dalam bilik darjah. Tidak diakui bahawa dewasa ini guru-guru telah
dibebani dengan tugasan-tugasan yang tidak ada kaitan dengan pendidikan seperti
memasukkan data markah peperiksaan di dalam web. Masa guru banyak dihabiskan
dengan urusan-urusan kerani atau pentadbiran. Sepatutnya, guru-guru ini
digunakan khidmat mereka untuk selalu berinteraksi dengan murid-murid supaya
hubungan mesra di antara guru dan murid dapat berlaku. Apabila guru kurang
mesra dengan murid, mereka akan mudah untuk tidak menghormati guru tersebut
sama ada tidak memberi salam apabila berjumpa dan tidak menumpukan perhatian
ketika guru itu mengajar.
terima kasih atas perkongsian...dapat refleksi diri sebagai seorang guru yang agak baru...dalam dunia pendidikan ini:)
BalasPadam