Selasa, 5 Mac 2013

Peraturan bilik darjah

<---PERATURAN BILIK DARJAH--->

Tiap-tiap murid dikehendaki patuh kepada peraturan berikut supaya didikan disiplin dapat disebatikan di dalam diri murid.

(1) PENTADBIRAN


  • Murid-murid dikehendaki berada di sekolah 5 minit sebelum loceng dibunyikan.
  • Murid-murid dikehendaki beratur di luar bilik darjah dan hanya boleh masuk ke kelas apabila guru berada bersama.
  • Murid-murid tidak dibenarkan keluar daripada kawasan sekolah seorang diri atau dengan orang luar sebelum waktu balik. Ibu bapa yang ingin membawa anak-anak mereka balik mesti memberitahu guru kelas, Guru Penolong Kanan dan menandatangani buku "Murid Pulang Awal" yang disediakan di Pejabat.
  • Murid-murid yang tidak hadir kerana sakit atau sebab-sebab tertentu hendaklah memberitahu guru kelas dengan membawa surat akuan doktor atau surat alasan ibu bapa/penjaga.
  • Murid-murid yang tidak sihat dilarang datang ke sekolah.


(2) PEMBELAJARAN


  • Murid-murid mesti menunjukkan sikap yang positif dalam pelajaran mereka.
  • Semua kerja-kerja rumah hendaklah disiapkan di rumah.
  • Murid-murid mesti mewujudkan suasanan pembelajaran yang tenang dan berdisiplin setiap masa.
  • Murid-murid yang berpindah kelas beratur dan bergerak dengan cepat, senyap dan berdisiplin.

(3) SIKAP DAN SAHSIAH DIRI PELAJAR

  • Murid-murid mesti menghormati rakan-rakan, guru-guru, pengawas-pengawas dan pekerja-pekerja sekolah.
  • Murid-murid mesti mengamalkan budi bahasa yang baik di antara satu sama lain dengan cara mengucapkan Assalamualaikum/ Selamat Sejahtera/ Selamat Pagi kepada guru-guru, ucapan terima kasih kepada sesiapa yang menolong atau memberi sesuatu.


(4) AKADEMIK




(5) KOKURIKULUM




(6) TATATERTIB MURID




(7) TATATERTIB SEMASA DI DALAM BILIK DARJAH




(8) TATATERTIB SEMASA REHAT DI KANTIN




(9) TATATERTIB PENGGUNAAN TANDAS




(10) KESELAMATAN




(11) HARTA BENDA SEKOLAH




0 ulasan:

Catat Ulasan