Harapan sekolah yang tinggi
Setiap sekolah mempunyai misi dan visi
yang tersendiri. Sesebuah sekolah yang
terlalu meletakkan harapan yang telalu tinggi dalam akademik, maka penumpuannya
hanyalah menjurus kepada aspek akademik. Hal ini boleh mewujudkan suasana yang
tegang dan menekan seterusnya murid berasa tidak seronok dan mudah bosan. Hal
ini kerana setiap murid mempunyai kebolehan dan minat yang berbeza. Justeru,
murid yang tidak boleh mencapai hasrat yang diingankan oleh pihak sekolah akan
bertindak balas yang negatif seperti memberontak, mengasingkan diri, tidak
mengikut peraturan sekolah, dan sebagainya.
Kolaborasi guru dengan murid
Kolaborasi dalam kalangan guru dikaitkan
dengan hubungan positif guru dalam kalangan murid (Watkins, C. & Wagner P.,
2000). Kolaborasi juga dikenali sebagai komunikasi dua hala antara guru dengan
murid tidak kira di dalam atau luar bilik darjah. Dalam sebuah sekolah yang
mengamalkan kolaborasi, para guru bersedia berkongsi maklumat, berbincang dan
menyelesaikan masalah murid dalam akademik mahupun masalah yang dihadapi oleh
murid, serta mencari kaedah yang berkesan untuk meningkatkan pencapaian murid
akademik dan membantu murid yang mempunyai masalah peribadi. Dengan ini, jurang
antara murid dengan guru boleh dihapuskan seterusnya boleh menyambung hubungan
silaturrahim hidup sebagai umat islam yang telah diajar oleh nabi junjungan
kita, baginda Rasulullah S.A.W.
Perasaan kemasyarakatan
Setiap sekolah perlulah membina perasaan
kemasyarakatan dan kekitaan antara satu sama lain untuk kebaikan bersama. Para
guru atau warga sekolah perlulah membina perasaan seperti ini supaya
murid-murid berasa tidak terpinggir dengan urusan yang berkaitan dengan hal
sekolah mereka supaya mereka dapat merasakan mereka juga anggota yang dapat
menyumbang ke arah pencapaian matlamat sekolah dan bukan hanya sebagai
penumpang. Setiap sekolah perlulah bekerjasama
antara satu sama lain untuk membina satu usrah seperti yang telah
dilakukan oleh Rasulullah sendiri bersama sahabat-sahabat baginda. Dengan ini,
murid-murid berasa dihargai dengan keterlibatan bersama kerana tanpa mereka
tidak wujudnya sesebuah organisasi di sekolah.
Prasarana sekolah
Setiap sekolah perlulah mengambil berat
tentang prasarana di sekolah mereka bagi keselesaan murid-murid. Prasarana yang
perlu dititikberatkan adalah dari segi kecantikan dan keindahan suasana
sekolah, kebajikan dan keselamatan murid, bilangan murid yang ramai sebuah
bilik darjah, alatan kerusi dan meja, tandas yang bersih dan paip yang
berfungsi, dan sebagainya. Hal ini amat penting bagi menjaga keselamatan dan
memenuhi keperluan fisiologi murid serta
membakar semangat mereka untuk menimba imu di sekolah tanpa rasa jemu dan
bosan.
0 ulasan:
Catat Ulasan